Followers

Saturday 23 July 2011

smile as long as u can darling :)



senyum itu sedekah. tak perlu kata apa-apa. senyum adalah segalanya! ouyess!


kelebihan senyum :)
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan 
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang 
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : 

" SENYUM ITU KELOPAK. 

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". :)

Monday 18 July 2011

hye. assalamualaikum. :)
 now i'm having a practical for 5 months at BARD SDN BHD that produce a useful product known as chateter. ok. jangan buat muka xfaham. i already know yg anda mesti xtahu what actually CHATETER is.  it use for remove urine from the bladder especially for those had been eccident.  ok lah. i am under calibration dept. my leader is en. harmizi. dept tu ok. tapi di situ kan, i a little bit pemalu laaa.. cbb saya segan! everybody knows my name.! even pakcik repair air-cond! erghhhh. bila nak ke cafe mesti kena menghadap diowg. saya akan tersimpul malu sambil jalan, tak lupa juga jalan like a clown atau kartun bini popye. dah la kt dept tu i'm the youngest. tapi kannnnnnnnn. the most important is that factory has malaysian workers only. almost malay, then chinese, then indian. kilang tu jugak berkonsepkan islamik. i really really love that way. time zohor semua muslim berjemaah. sukaaaaaaa. pastu kannn. girls & aunts wearing baju kurung just like raya u know. cumel............. very islamic! sopan jer semua. pastu kan, allowance rm12 everyday including food allowance. ok lah kan. syukur. dapat ilmu lagiiiii. mana cek nak cari haa.. that's all.
take care. jangan lupa, kita buat apa pun, mesti ikhlas. insyaallah, we will be happy even masalah dtg bertubi-tubi.hikhik macam nenek pulak bagi nasihat memanjang.
have a good day. assalamualaikum :)

Friday 15 July 2011

Surah Al-Kahfi (surah ke-18 mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

kelebihan surah al-kahfi
  • Untuk menghindari diri dari tipu muslihat DAJJAL, amalkan lah membaca / menghafal sepuluh ayat yang pertama dan sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Kahfi.


Kandungan Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)

2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS

3. Kisah Zulkarnain dan Ya'juj & Ma'juj


Hadis Rasulullah SAW

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)



jom kita amalkan membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari jumaat yang barakah ini ..
Sesungguhnya kita hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. <3 <3 <3

Tuesday 12 July 2011

wordless wednesday  
  
LOVELY R O S E S


Sunday 10 July 2011

E to the G to the O

Assalamualaikum. chat x??? :)

entry kali nie eya nak discuss pasal 1 word! egoooooooooooooooooooo....

memang memeningkan kepala otak bila berkomitmen dgn orang yang ego ini. seriously. 

SUSAH NAK FAHAM ! itu salah, ini salah..

mostly lelaki yang ada sifat TAK COMEL nie. tolong lah. jangan lah bagi girls pening cik abang cik abang..

penat laaaa.... xkan saya cakap 'rating' pun dah benci.. bukan niat saya nak tunjuk pandai nak speaking bagai la awakk..
sekadar menggunakan ayat biasa sajer.. jangan la nak marahhh..


awak nak saya nanes mcm nie?? xhdoh pulak kannn..  pastu off fon cne? pastu 'kepak' sim cne??? kita jugak yang merana kannn... :)

untuk mengelakkan hal demikian terjadi, dinda rasa baik lah awak kurangkan ego tuu..
manyak keshian cme dinda.. rasa kurang selera cbb duk makan hati jerr.. s.a.k.i.t tauu 

ok. some tips for myself :
plz take it seriously wan nur fathiyah wan sahabiri !

1st. haruslah bersabar

2nd. senyum jerr

3rd. jangan layan cgt perasaan tak puas hati

4th. istighfar

5th. berdoa pada Nya lembut kan hati awak

focus pada buku itu


hehe ok lah. take care yer my dear follower. remember. 
take 5 before 5. :)





assalamualaikum


Thursday 23 June 2011

BIDADARI CANTIK


 Ingatlah, cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami. 
Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki. 
Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. Semoga penghargaan dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi. 
Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. 
Biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita.

that's all.. assalamualaikum :)

Wednesday 22 June 2011

JOM ISI BORANG CINTA :)


Assalamualaikum ..

sihat tak my dear follower?? dh mam?
ermmm....pe cer? gf/bf ok? tade masalah?
eyh....lupa pulak..
actlly eya nak share something nie..
satu borang..
borang date dgn...ehemmmm
kalau eya kata date dgn eya mesti korang ingat eya nie MENTAL bukan?
ok..nasib eya still waras.. otak masih centre..

actly borang sukarelawan lah!!
kena prank..yeyeyyyyyyyyy
ermm..poyo nyer kan nk isi borang sukarelawan..apa kes..
manyak benda lagi boleh buat kan?kan?

ermm..kalau ada yang nanak jadi sukarelawan..boleh terus baca entry nie.
korang boleh jenguk link nie




this is for Palestine..

SELAMATKAN AL-AQSA..

youth! jom lah isi..jom lah...
once in our life being a volunteer gempak whatt  :)

sila is borang.kalau tak saya lempang
perlu kew buat cmtu?hihi

ok... kalau jadi sukarelawan, kita boleh bantu warga Palestine, eya kesian cgt tengok depa nie.jom sementara tulang-tulang kita still kuat, ada kudrat, kita buat pape yang patut dulu eyh.

korang boleh beri sumbagan dari segi tenaga, artikel, ceramah, multimedia dan fotografi.


SAYA NANAK JADI SUKARELAWAN! YEAH! :)









-they need us-

eya dah isi.. anda?  
that's all..
 take care.  assalmualaikum. :)